.بسم الله الرحمن الرحيم.

.بسم الله الرحمن الرحيم.

Friday, 28 December 2012

Rindu

Rindunye kt dia...


Agak2 dia rindu kt kiter x ?
hmmm...
keadaan agak keruh 1-2 hari ni..
hope everything will be ok.. 

miss u :(

Sunday, 23 December 2012

Pengajaran dari kisah...

Sebuah kisah dipetik dari ceramah Murabbi...

Fudholah bin Umair mahu membunuh Rasulullah صلى الله عليه وسلم. Dia mengambil peluang ketika Baginda sedang tawaf di Ka'bah. Hampir sahaja dia berpeluang mengangkat senjatanya, dia terkejut kerana Baginda memandangnya.

Rasulullah صلى الله عليه وسلم bertanya sambil tersenyum: "Apa yang kamu sedang bicarakan di dalam hatimu wahai Fudholah?."

Fudholah segera menjawab: "Eh, tak de apa² wahai Rasulullah. Saya sedang berzikir kepada Allah & sedang melakukan tawaf."

Rasulullah diam & meneruskan tawafnya. Fudholah pun mengikuti di belakang Baginda dari jarak dekat dengan tujuan asalnya iaitu MAHU MEMBUNUH BAGINDA صلى الله عليه وسلم.

Soalan & jawapan yang sama ini berlaku 3kali. Masuk kali ke 3, Rasulullah صلى الله عليه وسلم menoleh kepada Fudholah dengan senyuman lagi & meletakkan tangannya yang mulia itu di atas dada Fudholah yang dipenuhi dengan kebencian & api kemarahan yang meluap².

Fudholah berkata: "Demi Allah di saat Rasulullah meletakkan tangannya di atas dadaku, tidak ada manusia yang PALING aku benci di atas muka bumi ini melebihi dirinya. Namun setelah tangan itu diangkat dari dadaku, tidak ada manusia yang PALING AKU CINTAI di atas muka bumi ini melebihi dirinya."

Allahu Allah, shollu a'la an-Nabiyy,
اللهم صل على سيدنا محمد وعلى آله وصحبه وسلم
--------------------------------------------------------

Kesimpulan yang sangat terkesan daripada Murabbi; Habib Ali Al-Jufri;

◆ HARI INI di luar sana RAMAI yang berpewatakan seperti Fudholah. Hati & jiwa yang penuh dengan kebencian, kemarahan & dendam.

◆ Namun mereka yang mewarisi sikap seperti Fudholah ini sebenarnya SANGAT² MEMERLUKAN orang² yang mewarisi sikap & akhlak Rasulullah صلى الله عليه وسلم. Mereka perlukan orang yang dapat membantu mereka, menyelamatkan mereka & dapat membersihkan jiwa mereka dari penyakit² hati itu.

Sahabat, Habib Ali berkata: "mereka yang mewarisi sikap Fudholah itu MEMERLUKAN kalian yang mewarisi sikap Rasulullah صلى الله عليه وسلم." Allahu Allah :(

Inilah JIHAD yang perlu kita perjuangkan di zaman ini iaitu sabda Nabi Muhammad صلى الله عليه وسلم: "KALIMAH yang BAIK itu SEDEKAH." Allahu akbar.

Di dunia ini ada BETUL & ada SALAH. Bukan mu'min yang sebenar jika yang salah dikatakan betul & yang betul dikatakan salah. Betul tetap betul & salah tetap salah.

✉ Jika BETUL <--- kita terima & kita sokong.

✉ Manakala jika SALAH <--- kita tolak & kita tentang.

Namun tentanglah ia dengan hikmah, tentanglah ia dengan niat membetulkan, tentanglah ia dengan sikap Rasulullah صلى الله عليه وسلم & tentanglah ia dengan penjelasan yang berilmiah.

Bukan menentang dengan kebencian. SALAH tetap SALAH, namun CARA penolakan itu perlu berhikmah.

Sahabat, ISLAM itu AGAMA NASIHAT & PENUH MAHABBAH ツ.

الله الله الله
اللهم صل على سيدنا محمد وعلى آله وصبحه وسلم
----------------------------------------------

Wednesday, 19 December 2012

My Daily Schedule


6:30 am - Bangun dengan semangat waja.. Subuh prayer..
8:00 am - Breakfast
9:00 am - Bekerja seperti akan hidup selama seribu tahun
10:00 am - Brunch
10:30 am - Kerja lagi
12:30 pm - Lunch..Zohor prayer..
2:00 pm - Sambung kerja
4:30 pm - Snack...Asar prayer..
6:30 pm - Abes kerja..heading to USM
7:00 pm - Maghrib prayer..mengaji..Isyak Prayer..
9:00 pm - Gym
10:00 pm - Balik rumah..mandi..
10:30 pm - Study
12:30 am - Hello..hello..hehe
2:00 am - zzZzZ

If weekday> Repeat
If weekend> Repeat 0..hehe..btul x coding ni..

Hmm..itu la jadual sy...
bkn sengaja nk balik lmbat..tp dunia dan akhirat perlu diseimbangkan..

"Sesungguhnya, barangsiapa yang mengejar dunia, dunialah yang dia dapat dan barangsiapa yang mengejar akhirat, dunia akan ikut bersamanya."

Have new plan for the future..akan ada sedikit perubahan in the schedule..dia pn dh tahu..hehe
Semoga dapat menjadi insan yang seimbang di dunia dan akhirat.
Semoga diberkati olehNya..

wassalam..

Tuesday, 18 December 2012

Majlis Tamat Latihan at PUSASDA

 Kenangan Bersama Keluarga
16 Disember 2012 at Padang Kawad PUSASDA









Monday, 10 December 2012

Masalah

Banyaknye masalah hari ni..hmm..

Article

Wednesday, 5 December 2012

Love


Format .JPEG




















**saje letak format JPEG..
ni aku wut pakai Adobe Illustrator..


Tuesday, 4 December 2012

Setiap Perilaku Melambang Peribadi Kita


Sifat wanita yang anda tidak tahu.

Walaubagaimanapun, korang kene la ingat sentiasa, ini sekadar panduan sahaja , bukan suatu ramalan. Segala2nya ketentuan Allah s.w.t.Wallahualam.
1. Jika berjalan, dari belakang kelihatan seperti tidak memijak tanah. Golongan wanita yang jalannya berginjat, konon wanita ini adalah wanita yang tidak jujur, kalau berbual, mulutnya laser dan menyinggung perasaan orang lain. Wanita yang berjalan seperti ini juga terkenal dengan sikap egonya. Lebih parah, wanita ini biasanya pemboros atau suka membazir wang tanpa berfikir sebelum berbelanja. Padahal, wang yang dimilikinya itu masih banyak kegunaannya. Tapi jangan berkecil hati, kerana wanita seperti ini biasanya menjadi pujaan ramai lelaki.
2. Jika berjalan, sering menoleh ke kanan and kiri. Wanita seperti ini biasanya pandai menyimpan rahsia. Walaupun ramai yang menganggap wanita seperti ini tidak jujur, suka menipu teman sendiri,dan merugikan teman bualnya, namun, ramai lelaki yang berusaha untuk menakluk hatinya. Konon wanita seperti ini senang diatur dan diuruskan.
3. Jika berjalan suka menunduk. Cara berjalan melambangkan wanita seperti ini memiliki sifat yang tertutup. Ia hanya akan berbual dengan orang-orang yang rapat dengannya dan boleh dipercayai untuk menyimpan rahsianya. Wanita seperti ini biasanya sukar untuk ditakluk hatinya. Disamping sikapnya yang dingin, wanita seperti ini tidak peduli dengan
kehidupan cinta. Namun, jika ada lelaki yang berjaya menawan hati wanita dengan cara berjalan menunduk ini, dijamin akan mendapat kebahagiaan. Sebab, wanita jenis ini sangat setia, dan dia tidak akan mengkhianati lelaki yang dicintainya.
4. Jika berjalan menatap lurus ke depan. Wanita seperti ini biasanya memiliki pendirian yang teguh, bukan senang hendak menggoncangkan imannya. Jangan sekali-sekali menentang apa yang pernah dikatanya, jika anda tidak mahu mendengar dia berleter panjang lebar. Meski pendiriannya teguh, tapi dia selalu berselisih pendapat. Jangan hairan jika wanita seperti ini hanya mahu berbual dengan orang yang berpengalaman luas.
5. Jika berjalan badan bergerak ke kanan dan kiri. Wanita yang berjalan dengan gaya yang sedemikian tidak ambil kisah dengan masalah yang berlaku. Apa pun masalah yang ada dihadapannya, dia dianggap kecil. Padahal masalah itu sebenarnya memerlukan kebijaksanaan untuk diselesaikan. Kerana sifatnya yang suka ambil mudah ini, banyak persoalan yang akhirnya tidak dapat diselesaikan dan akibatnya merugikan dirinya sendiri.
6. Jika berjalan badan tampak tegak. Wanita ini tegas menentukan sikapnya sendiri. Dia tidak mahu urusan peribadinya dicampur oleh orang lain. Gaya bicaranya serius seperti ingin menunjukkan dia memiliki pendirian teguh. Yang menarik dari wanita ini, dia bertanggungjawap terhadap apa yang pernah dilakukannya. Dia menyenangi lelaki yang berdikari tanpa meninggalkan sifat-sifat romantiknya.
7. Jika berjalan seperti zirafah. Maksudnya, ketika melangkahkan kaki ,badannya ia kelihatan bergerak ke depan dan ke belakang. Wanita jenis ini sangat lemah perasaannya. Dia seorang yang mudah terasa dan mudah tersinggung. Jadi, jika anda berbual dengan wanita seperti ini kenalah menjaga perasaannya agar tidak tersinggung, kerana wanita ini mudah mengalirkan air mata.


Sumber : fid.ohmacamitu.com

Praktikal at UIDM PSAS

Hari pertama Praktikal at UIDM PSAS


Pada hari ini, aku berpindah ke Unit Instruksional dan Multimedia (UIDM). Lapor diri dengan En zul. Beliau memperkenalkan staf-staf di unit ini.

"Hari pertama macam besalah, ade orientasi angkat speaker"..kata En Zul
aku ingt betul2 sbb care die ckp mcm seyes je..rupenya melawak jer..haha..
Kalo suruh angkat pown aku angkat jer,xkisah sgt..bukannye berat pn..:P

Suasana di tempat praktikal baru dah xsame dengan tempat aku praktikal sebelum ni. Langsung xde staf perempuan. Dulu ade jugak 4 orang pompn..Tp xpe, ni sebagai cabaran untuk aku bekerja dan berhadapan dengan sume staf laki kt sini. bukannya lame pown praktikal 3 bulan jer..mane tahu nnt biler dh keje, keadaan skrg same spt tmpt keje aku nnt. 


Sunday, 2 December 2012

Rahsia Sahabat Nampak Kurus?



***
Assalamualaikum,
dulu berat sy 86 kg, tinggi 162cm mmg daaa tahap obesiti sangat, dan selalu gastrik x boleh skip makan..
tapi sekarang sy da dpt berat bdn ideal sy da turun 28 kg dlm mase 7 bulan.Alhamdulillah dan sy sangat2 seronok ^_^ suke sgt2 sampai ramai kawan2 tanye "ko ubat ape ko mkn sampai jadi kurus??"
sy x mkn ubat ape pon sy cume mkn makanan kesihatan Herbalife sbb tu sy x sakit gastrik lg dan boleh turun berat bdn dgn cepat. klw diet biase turun lambat takot nnty give up, terpakse tahan lapar dan x tentu dpt nutrisi yg seimbang takut2 terlebih gule dan karbohidrat..x pasal2 tambah berat bdn plk nnt sbb tu ambil herbalife lg cepat turun ramai kawan yg ambil herbalife pon turun jugak slim mcm model da sume. lepas tu adik sy,sedare sy pon da ikot mkn herbalife dieorg pon suke sgt sbb dpt turun..mmg herbalife berkesan sangat sebenarnyer dlm hidup saye..sekarang sy dah jadi ahli herbalife...






http://www.facebook.com/nurfadiahyusof





Kawan


"Bak kata pepatah Arab, “Bersahabat dengan penjual minyak wangi, kita akan menerima percikan wangiannya, manakala bersahabat dengan tukang besi, percikan apinya akan mencarikkan baju kita.”

Apakah ciri-ciri seorang sahabat yang baik?
Seorang bijak pandai berpesan kepada anak lelakinya: “Wahai anakku, sekiranya engkau berasa perlu untuk bersahabat dengan seseorang, maka hendaklah engkau memilih orang yang sifatnya seperti berikut:
  • Jika engkau berbakti kepadanya, dia akan melindungi kamu.
  • Jika engkau rapatkan persahabatan dengannya, dia akan membalas balik persahabatan kamu.
  • Jika engkau memerlukan pertolongan daripadanya, dia akan membantu kamu.
  • Jika engkau menghulurkan sesuatu kebaikan kepadanya, dia akan menerimanya dengan baik.
  • Jika dia mendapat sesuatu kebajikan (bantuan) daripada kamu, dia akan menghargai atau menyebut kebaikan kamu.
  • Jika dia melihat sesuatu yang tidak baik daripada kamu, dia akan menutupnya.
  • Jika engkau meminta bantuan daripadanya, dia akan mengusahakannya.
  • Jika engkau berdiam diri (kerana malu hendak meminta), dia akan menanyakan kesusahan kamu.
  • Jika datang sesuatu bencana menimpa dirimu, dia akan meringankan kesusahan kamu.
  • Jika engkau berkata kepadanya, nescaya dia akan membenarkan kamu.
  • Jika engkau merancangkan sesuatu, nescaya dia akan membantu kamu.
  • Jika kamu berdua berselisih faham, nescaya dia lebih senang mengalah untuk menjaga kepentingan persahabatan.
  • Dia membantu kamu menunaikan tanggungjawab serta melarang melakukan perkara buruk dan maksiat
  • Dia mendorong kamu mencapai kejayaan di dunia dan akhirat.

sumber: albakriah.wordpress.com

Friday, 30 November 2012

Mahkota Wanita

Malu wanita itu mahkota tanpa istana.
Sopan wanita itu perisai menjaga maruahnya.
Ketegasan wanita itu kubu benteng agama..
Kelembutan wanita itu perhiasan budi bahasa.
Kecantikan wanita itu racun menggoncang dunia.
Air mata wanita itu senjata paling utama.
Kehormatan wanita itu permata kemuliaannya.
Ketaqwaan wanita itu permaisuri bidadari syurga.

Oh praktikal...

Hari ini hari terakhir aku di unit ICT.

Seperti yang di arahkan oleh Encik Nizam(Timbalan Pengarah PSAS) mase mula2 aku lapor diri dulu,  aku akan ditempatkan 3 bulan di unit ICT dan 3 bulan di unit Multimedia (UIDM). Bermula minggu hadapan hingga 15 februari,aku akan meneruskan praktikal di unit Multimedia. Ofis ke-2 aku dekat je dengan Ofis ICT. Aku arap dapat something baru la kt situ. huhu..

Besa lah praktikal kt gomen ni xbyk sgt keje. tp kene pandai cari keje la..aku paling suke belajar benda baru contoh nye software baru ke, keje luar ke ujung minggu.. Errr kt unit Multimedia nnt xder staf pompuan kt situ..so...maknenye aku sorang la pompuan..tapi xpe, niat pun nak blaja dan abiskan praktikal. aku xnak sia-siakn mase yang ade. Hanya tinggal beberapa bulan shj lagi untuk aku habis blaja. 

Lupe lak kan, minggu lepas aku dapat sms daripada SPA, dapat panggilan temuduga Penolong Pegawai Petahanan Awam,beberapa bulan lepas aku try apply kt www.spa8i.gov.my, tempat interview kt Pejabat Pertahanan Awam,Jln Seri Negeri, Melaka. tapi kt mane tu ek? aku terpikir jugak,nanti nak duk mane, sape nak hantar g interview.. ermm tp xpe aku kan ramai kawan..homestay abg aku pun dekat ngan tempat interview..tp xtaye die lagi..:P

Berbalik pada praktikal td..selama aku kt unit ICT, byk jugak la aku blaja..wut animation, storyboard/storyline, portal smp, montage, banner, backdrop, kad jemputan,buku program dlll..pastu join byk event spt ajk majlis konvokesyen PSAS, ajk pendaftaran derma darah perdana politeknik semalaysia, majlis hari raya unit ICT, crew paintball kt Taiping, byk lagi la..

Tak lupe pada kawan unit ICT, kak liza,kak fathiah (mantan), En. azraei (pemangku bos), En. Vicneas, Abg Riaas, Abg Poji, Abg Wan, Abg Nain, Kak Yan, Kak Wani, Kak Hanim, Kak Ila, dan yusri..u olls memang best..suke wut lawak, kdg2 ade jugak buli aku..besa la kwn..time kasih sume boley time pelajar praktikal seperti aku kt unit ICT. 

"Untuk Kak Wani, tahniah esok kak wani dh nikah..semoga berbahagia di samping bakal suami n berkekalan hingga ke akhir hayat.insyaAllah, amin. sy nak jugak pergi kenduri kak wani esok..amik berkat orang kawen katekan..hehe..tp ntah la dapat pergi ke x. "

"Untuk kak Yan dan Kak Hanim, sy doakan semoga cepat2 dipertemukan jodoh. Jangan lupe hantar kad nnt. :P"

"Untuk Kak Yani, semoga Allah mempercepatkan & mempermudahkan segala urusan akak.. :) "

"Untuk Kak Piah, sy akan bertukar ke unit Multimedia mulai minggu depan, kalo ade pape jumpe sy kt sane..xpon sms je sy. :) " 

"Untuk Abg Riaas, time kasih..byk benda saya blaja sal software kt unit ICT."





Blood Pressure Chart




tekanan darah saya di paras high normal, anda bagaimana?

Thursday, 29 November 2012

Jaga Diri

Cik Srikandi,
Jaga diri, makan jangan tinggal, rehat bagi cukup. 
Semoga cepat sembuh =)

Friday, 23 November 2012

A Square Homestay Melaka

A Square Homestay Melaka: 

SALAM PROMOSI HOMESTAY SEMPENA CUTI SEKOLAH....HANYA RM 130/MALAM..... LOKASI : Bukit Beruang, Melaka 5 minit ke MITC, Waterworld, Zoo M...

Hobi

My hobby is star gazing..
I wish i have bedroom like this so i can look at the star with my love one everyday =)



Tuesday, 20 November 2012

JoG!NG..

JoGiNG With My ... :P 
at Politeknik Sultan Azlan Shah, Perak


Ade orang tu punye la nk diet..nak turunkan berat badan 3 kg..haha
erm tp malangnya ari2 kene pakse makan..xder maknenye nk diet kn..:p
so, plan A dh xmenjadi, plan B pon oke lah...kene la turun joging stiap ari lepas keje. :)



muke penat..erm ke ni baru lps nanges! :P



**xder kaitan nga sape2..

intern


inTErn aT pOLiTEkNiK sULtAN AzLaN ShAh


Hari nie bile aku buka outlook.. dpt email dr en.vicneas..die suh masukkan semula data2 staf sbb databse corrupted & xdpt recover..huhu..> 500 staf dah completed tp nak wut cmne..huhu
Ermm..xpelah, sementara aku bertukar ke unit multimedia 2 minggu lg aku akan teruskan..
InsyaAllah luse siap la.. wish me luck! :P

blackSMOKYlife

blackSMOKYlife 
https://www.facebook.com/groups/237881886281150/?fref=ts

~Naib JOhan bagi Kategori Bunting/ Poster Terbaik.

~Pingat Gangsa Bagi Pertandingan  UTEMEX 2012 Kategori Teknologi Hijau.


hehe..



 with Tikah


with my frenz n supervisor.



Hasil kerja kami bersama...:P




Bunting

button badge


cover CD




bookmark






7 Nama Yang Dikenalpasti Digunakan Oleh JIN


Antara nama-nama biasa yang dikenal pasti digunakan oleh Jin ialah seperti:-

1. Balqis
2. Kistina/Qistina
3. Najwa
4. Zakuan
5. Batrisha
6. Erisha
7. Mazda


Ustaz Sharhan juga ada beri tahu kalau dah bagi nama-nama seperti ini perlukah untuk pergi jabatan pendaftaran untuk tukar nama? hehe, tidak sebenarnya, hanya tukar cara panggilan nama tersebut. Contoh jika nama Siti Najwa, panggil saja nama Siti.. jangan panggil Najwa.

Ustaz Sharhan jelaskan, nama seperti di atas memang mempunyai maksud yang baik/maksud yang indah, cuma dalam perubatan Islam nama-nama ini sering digunakan oleh Jin. – Wallahua’lam



Ramai yang bertanya apakah benar kenyataan tentang nama-nama anak jin tersebut? sebab tiada dalam Al-Quran dan Hadis.. 


Jom kiter dengar apa ustaz Azhar Idrus jawab.



Memang tidak ada dalam Al-Quran, tetapi selaku pengamal perubatan Islam (Ustaz Sharhan) dia lebih tahu kerana dia orang yang selalu berurusan dengan Jin , mungkin kenyataan beliau betul sebab kita tak ada ilmu berkaitan ini.. beliau lebih arif mengenainya, jadi kita perlulah menghormati pendangan beliau selalu pengamal perubatan Islam.

Sumber : penpatah.blogspot.com

Monday, 19 November 2012

Thursday, 15 November 2012

Copyright© All Rights Reserved srikandimenulis.blogspot.com