.بسم الله الرحمن الرحيم.

.بسم الله الرحمن الرحيم.

Tuesday, 6 November 2012

"Cinta aku ini harganya murah"

"Cinta aku ini harganya murah"



Jika cinta (baca:cinta sesama manusia) itu boleh di beli. Pasti aku hanya mampu membeli cinta yang murah. Tidak sampai RM100. Mungkin cinta di dalam tin, atau juga cinta yang di pek dalam bekas kedap udara. Tidak cinta yang di letak dalam kotak perak bertahta berlian atau juga dalam bekas kaca bersadur emas.

Ini kerana untuk cinta, ia bukan hal yang utama dalam hidup aku yang perlu untuk di biayai. Tapi cinta adalah hal yang penting untuk di hargai. Tidak kira apa pun harga nya cinta itu, yang utama ialah cara kita menyentuh, menjaga juga peletakkan cinta itu yang utama.

Jika cinta yang di boleh dibeli tadi, adalah cinta yang berharga jutaan. berada dalam kotak emas bertahta intan. Tapi hanya di letak di tanah. Di biar berhujan juga berpanas. Ngak di jaga. ngak di rawat. Ngak di peduli. Pasti cinta itu bisa hilang indahnya. Mahal akan terlihat murah. Berkarat. Atau boleh juga hilang kerana di curi orang.

Tapi jika cinta dalam tin yang harganya murah tadi di letakkan di tempat yang indah. Mungkin di almari kaca, di ruang tamu . Atau di atas kepala katil ibu. Sentiasa di rawat agar tidak berdebu. Di gilap juga di hias indah. Pasti cinta itu akan terpandang mahal juga berharga.

Jadi jika ada yang bertanyakan kepada aku, berapa nilai cinta aku. Jangan terkejut jika aku berkata cinta aku ini murah aja, malah mungkin aku dapatkan ia percuma. Tapi jika di tanya bagaimana aku menilaikan cinta itu. Pasti jawab aku, aku menilaikannya lebih dari dunia seisinya.


No comments:

Post a Comment

Copyright© All Rights Reserved srikandimenulis.blogspot.com